Tidak layak~

Saturday, March 9, 2013

Setelah lama tidak menulis blog, huhu.. Hari ni Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk menulis jugak.

Alhamdulillah, masih lagi dapat hidup untuk bertaubat hari ni.. Tajuk post, tidak layak.. Apa yang x layak tu eh? Entah la... Semuanya yang ada di muka bumi ni x layak untuk ku. Kerja, hati, kehidupan, respect... Semua x layak utk ku.. 

Kenapa x layak? Wallahu'alam.. Semua tu kepunyaan Allah, mungkin belum masanya lagi untuk aku memiliki apa yg x layak untuk ku tu. Hanya Dia yang Maha Mengetahui isi hati hambaNya. Orang hanya akan berbicara dan tidak akan puas sehingga mereka penat... Aku redha. Aku bukan jenis manusia yg nak terangkan satu per satu tentang diriku, apa yg berlaku denganku.. Kerana aku tahu, segelintir hanya menyorong telinga mereka bukan untuk mendengar tapi untuk menyedapkan hati yg bercakap. Mereka tidak akan faham dan mahu faham kerana mereka tidak akan percaya dengan apa yg akan aku katakan. Cukup bagi mereka untuk lihat luaran sahaja, dan melihat dalaman tidak penting. Cukup bagi mereka apa yang telah berlaku sekali, kerana mereka pasti bila di situ la nampak jahatnya atau buruknya orang tu maka akan jahat dan buruk la selamanya..

Cukup la bagiku Tuhan ku, agama ku, ibu bapa ku dan keluargaku, sahabat handai ku dan teman seperjuangan yang x henti menyokong ku... Alhamdulillah akan ku manfaatkan semua.. Semoga Allah beriku kekuatan mengharungi semua yang dipanggil 'duniawi' ni.. Terima kasih kepada orang yang terus rasa diri mereka 'perfect' dari segala sudut, dan memandang rendah pada orang yang tidak selayaknya berada di sisimu..


0 comments:

Pingu..Pingu..

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Nisa' Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino