Mati dan amalan kita ~

Friday, September 16, 2011

Alhamdulillah, masih lagi diberikan peluang untuk hidup. Bersyukur tanpa henti, sentiasa ingat pada Allah. Entri kali ni, nak bercerita pasal Mati... Bila-bila sahaja mungkin akan berlaku... hampir setiap hari kita akan mendengar cerita mengenai kematian hamba-hamba Allah yang telah menemui ajal pada usia muda dan tua... Ada yang menemui ajal kerana ditembak, dibunuh, sakit dan banyak lagi sebab...

Kita tak tahu lagi bila ajal kita akan sampai. Sudah cukupkah amalan kita ni? Sudah cukupkah amal ibadat kita selama di dunia ni? Adakah kita yakin yang amal ibadat kita akan diterima oleh Allah???
MasyaAllah... Wallahu'alam.. Semoga kita diberikan kesedaran dan hidayah untuk lebih memperbaiki diri kita.

Aku teringat ada satu ungkapan yang menyatakan bahawa "iman seseorang tidak terletak pada labuhnya tudung yang dipakai". Berusahalah menambah amalan kita dengan seikhlasnya dan nawaitu kerana Allah, jangan terus berpuas hati dengan amalan kita kerana telah menutup aurat sepenuhnya. Teruskan beramal dan jangan berhenti seperti Rasulullah yang bersih daripada dosa dan telah dijanjikan syurga tetapi masih juga melaksanakan amal ibadat baik yang wajib mahupun sunat sehingga kaki baginda bengkak, subhanallah betapa cinta dan takutnya baginda pada Allah SWT.

Betapa jauhnya dan kerdilnya diri kita berbanding amal Rasulullah, tetapi jadikanlah baginda contoh yang paling baik buat kita agar kita dapat berjuang dan menguatkan diri untuk menambah amal ibadat kita seperti baginda.

InsyaAllah, sama2 kita menyedari apa yang kita ada sekarang semuanya adalah dari Allah, dari kehendakNya... Dan jika kita terus melupakan Dia dan tidak bersyukur kepadaNya, Dia tidak akan teragak2 untuk menarik kembali nikmatNya itu..... Semoga kita akan diberi keinsafan dan kesedaran oleh Allah SWT, amiin...

0 comments:

Pingu..Pingu..

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Nisa' Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino